Wednesday, November 25, 2009

Google Transit


1. Camana nak attract young user untuk gunakan public transport? Tentunya kena join apps yang youngster suka macam google, twitter ataupun facebook.

2. Google sedang majukan GoogleTransit, apps gempak yang memudahkan makcik A melawat makcik B untuk bersembang mesra walaupun makcik-makcik tersebut tinggal agak jauh (bukan flat yang sama).

3. Oleh kerana makcik-makcik ni tak pandai bawak kereta, mereka perlu guna Public Transport (PT). tapi camana nak pakai PT kalu makcik A taktau bas apa yang perlu naik untuk sampai rumah makcik B dalam keadaan selamat?Guna GoogleTransit (GT).

4. Features cun yang ada ialah GT bleh bagitau timetable bas/train mengikut sesuka hati makcik tu nak kuar bila, route yang paling cepat sampai dan paling best boleh check suasana sekeliling bus stand utk tengok aspek keselamatan (gelap ke, orang ada tak disekitar)..



5. Masalahnyer Malaysian Operators (KTMB,RAPIDKL,METROBUS dan macam2 lagi) belum bersedia untuk kongsi maklumat operasi derang dengan google. Entah apa rahsia sangat aku tak paham..ataupun susah nak kasik maklumat jadual perjalanan sebab selalu tak dapat follow dan takut sume orang tau?bila nak maju?

6. Harapan aku, makcik A dan makcik B ialah supaya generasi kami (kami, bukan anak cucu kami) dapat gunakan teknologi GT untuk guna PT..baru ada kelazzz ini nak naik bas pun tak berani takut lambat.

Master Degree in Transportation


1. Semalam aku pegi melepak kat Mandarin Oriental sambil dengar player2 dalam bidang Public Transport (PT), both local and international, bercerita tentang sejarah dan masa depan PT. Aku bercadang nak menulis pasal idea2 yang dikemukakan sebab ada antaranya yang mengagumkan aku, contohnya keupayaan Seoul Mass Rapid Transit (SMRT), Korea mengeluarkan part2 EMU sendiri dengan RnD sendiri padahal derang jugak TOC...KTMB?masih jauh lagi.

2. Nampak begitu cerah masa depan public transportation dan aku ingin menjadi sebahagian dari masa depan public transportation di Malaysia. Sekarang masih peringkat angan-angan.

3. Aku bercadang nak amik Master Degree dalam bidang ni supaya aku boleh beri sumbangan, bukan takat cakap kosong tapi satu benda pun tak jalan..maksudnya cakap aku perlu berisi dan up-to-date dengan keperluan PT terkini, bukan amik idea orang dan lagi teruk dah outdated. Aku nak cari how-to strategy untuk jadikan efficient malaysian PT is a reality supaya aku boleh bangga jadi rakyat malaysia.

4. Hari ni, aku dah setat carik2 mana tempat baik utk further study. Oleh kerana aku teringin nak pg Jepun, maka pencarian aku adalah di sekitar Jepun aje. Dan aku setat mencari2 idea nak menjawab soalan panel biasiswa dan kata-kata dibawah aku paste sebagai ingatan nanti.

"Transportation graduate programs provide a fairly specialized cross section of a couple other major areas. Graduate programs in transportation also tend to overlap with such fields as urban planning or urban design. Recipients of a masters (MS) or PhD degree in transportation can become technology engineers, city planners, transportation managers and more."

5. Cukupla sebagai permulaan.