Wednesday, June 24, 2009

Komuter??

ARKIB Utusan Malaysia : 24/04/2009

Lagi rungutan Komuter KTMB

SAYA sebagai rakyat biasa yang menggunakan perkhidmatan Komuter KTMB dari Rawang ke KL Sentral dan sebaliknya merasakan satu azab yang tidak terhingga semasa dalam perjalanan pergi dan balik kerja.

Kesesakan yang teramat sangat bermula dari stesen Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kepong dan Segambut semasa pergi kerja. Saya merasakan komuter macam hendak pecah kerana berlakunya tolak-menolak pada waktu-waktu puncak dari pukul 6.30 pagi - 8.30 pagi.

Dan semasa pulang kerja lagi azab. Perkhidmatan Komuter selalu lambat. Bayangkan balik kerja pukul 5.30 petang dan pada masa itulah komuter rosak.

Tolonglah tambah kekerapan perkhidmatan di waktu-waktu puncak.

Diharapkan Perdana Menteri dan Kabinetnya dapat menaiki Komuter pada pukul 6 petang dari KL Sentral tanpa membawa pengawal peribadi. Saksikanlah sendiri dan alami sendiri penderitaan rakyat bawahan ini.

Kami pengguna komuter yang mewakili beribu-ribu pembayar cukai dan pengundi kepada kerajaan tidak tertahan lagi dengan situasi ini yang berlaku setiap hari.

MARHEIN PENGGUNA KOMUTER

Green Valley Park, Rawang

No comments:

Post a Comment