Wednesday, June 24, 2009

KOMUTER TERUK!!


MOT sudah mengarahkan KTMB bersedia dengan stockcar(stokereta) yang cukup memandangkan 2 projek doubletracking, iaitu Ipoh-Padang Besar dan Seremban-Gemas sedang rancak dalam pembinaan..

dulu mereka pernah buat kesilapan apabila tak bersedia menghadapi pembukaan operasi Komuter KL-RawangTg Malim-Ipoh kerana kelewatan membuat pembelian stokereta(train la tu..)

Jika kesilapan/kealpaan/lupa sebab sibuk/sengaja taknak beli terus menjadi alasan, maka kesesakan serupa takkan selesai dan mutu perkhidmatan KTMB khususnya komuter akan terus dipertikai, tak kira berapa pelaburan dan penambahbaikan yang telah dibuat untuk memodenkan sistem keretapi di Malaysia.


Aku harap aku akan hidup lama untuk menyaksikan suatu hari nanti KTMB dipandang tinggi sebagai Train Operating Company(TOC) terhebat seperti Japan Railway Group(JRG) yang operate Shinkansen atau SCNF yang run TGV di Perancis.

No comments:

Post a Comment