Tuesday, June 30, 2009

Pheww...kalu lalai inilah jadinya




Gua bukan nak tuduh Ferrovie dello Stato (FS) (TOC train ni di Itali) cuai, cuma nak ingatkan diri gua sendiri tentang kesan daripada kealpaan/kelalaian, dalam apa jua aspek. Dalam hal ni mungkin kesalahan tidak semuanya pada perkhidmatan keretapi sebab yang meletup ialah tangki gas tapi mungkinkah pegawai perkhidmatan freight tak periksa had muatan?condition barangan yang dibawa?(tekanan gas, ambience sewaktu gas dalam perjalanan) atau mereka yang meluluskan route tersebut sebab dekat kawasan perumahan?

camana pun, isu rollling stock dan track condition juga adalah punca. sebagaimana dinyatakan dalam report awal oleh pihak FS, ada kemungkinan derailement disebabkan track rosak atau kegagalan brek.

kecelakaan satu perkara.

maintenance satu lagi cerita.

selalu yang jadik alasan bajet/siling tak berapa nak ada.

14 maut dan 36 cedera cuma mampu serah pada takdir-Nya.


_____________________________________________________________
UTUSAN MALAYSIA 1 Julai 2009

Tangki kereta api meletup



Agota bomba dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian selepas dua kereta api yang dipenuhi muatan gas tergelincir dari landasan dan meletup di utara andar Viareggio, semalam. - Reuters

VIAREGGIO, Itali 30 Jun - Sekurang-kurangnya 16 maut dan 50 yang lain cedera apabila dua tangki kereta api yang dipenuhi muatan gas meletup selepas tergelincir dari landasan di utara bandar Viareggio, di sini malam tadi.

Menurut laporan pusat koordinasi bomba di Rom, letupan berlaku apabila satu daripada 14 gerabak yang membawa gas petroleum cair (LPG) dari utara bandar La Spezia ke Pisa itu tergelincir dari landasan kira-kira 20 kilometer dari barat laut Pisa.

Menurut laporan itu, 35 yang cedera berada dalam keadaan kritikal dengan kebanyakan daripada mereka melecur di sebahagian besar badan.

Pusat itu melaporkan, kejadian tersebut yang berlaku sebelum tengah malam tadi turut mengakibatkan rumah-rumah di sekitar 300 meter radius dari landasan terbakar.

''Gerabak itu terbalik di atas landasan menyebabkan LPG tersebar ke rumah-rumah berhampiran sebelum meletup.

''Dua bangunan kecil runtuh akibat letupan yang kuat dan kami khuatir mungkin ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan,'' kata komander bomba di lokasi, Antonio Gambardella melalui telefon kepada AFP.

Katanya, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berjaya dikeluarkan dari runtuhan pada kira-kira pukul 9.30 pagi ini waktu Malaysia.

Kawasan kejadian, katanya terpaksa dikosongkan bagi menghadapi kemungkinan berlaku letupan susulan.

Gambardella berkata, seramai 300 anggota bomba dari daerah-daerah berhampiran telah dikerahkan ke tempat kejadian.

''Salah satu tugas yang perlu dilakukan anggota bomba terutamanya dari unit khas kimia adalah memastikan gerabak-gerabak lain tidak dijilat api kerana ia boleh mengakibatkan letupan,'' ujarnya. - AFP

_______________________________________________________________

2009 Viareggio train derailment

A freight train (50325 Trecate-Gricignano[1]) hauled by Class E655 locomotive 655 175[2] with 14 wagons was derailed at Viareggio shortly before midnight local time (22:00 UTC) on 29 June 2009. The derailed wagons crashed into houses alongside the railway line.[3] The train had started its journey at La Spezia and was destined for Pisa.[4] One wagon derailed, and a further four wagons were derailed as a result.[5] Two of the wagons were reported to have been carrying Liquified Petroleum Gas (LPG).[6] These exploded and caught fire.[3] Photographs show that the train was composed entirely of tank wagons.[7] Seven people were reported to have been killed when a house collapsed.[3] An eighth person who was killed was reported to have been riding a scooter on a road adjoining the railway.[6] A child was found carbonised in a car in front of the house where she lived with her parents. It is speculated that her parents put her in the car to save her and then returned to the house to save another child but they are missing.[8] A total of 16 people were reported to have been killed.[9]

The two members of the train crew suffered minor injuries in the accident. A large area of Viareggio was damaged in the subsequent fires caused by the wagons carrying LPG exploding.[3] Over 50 people were reported to have been injured in the accident.[6] The accident is the worst rail accident in Italy since the head-on collision between two trains near Crevalcore on 7 January 2005.[5] It was reported that a whole street had been destroyed in the explosion and fire.[10]

Aftermath

A state of emergency was declared by local authorities.[9] Around 1,000 residents of Viareggio were evacuated from their homes as a result of the accident.[5] Italian Prime Minister Silvio Berlusconi visited Viareggio "to take control of the situation".[9]

Ferrovie dello Stato (FS) has opened an investigation into the cause of the accident.[11] Italian police said that the accident may have been caused by damaged tracks or a problem with the brakes on the train. Italian rail unions are reported as blaming obsolete rolling stock.[3] One possible cause of the accident is the failure of an axle on the wagon that derailed.[9]

No comments:

Post a Comment